173rd

check out what my darling bestie posted on an online contest. pray for his winning in this contest alright fellas!

muahs to you amad! :)

Saya Ingin Melancong Ke: Sibu

Sebab:

Kawan rapat saya yang seorang ini memang suka berjalan. Dan makan. Dan mengambil gambar. Dan diambil gambar. Dan BERCAKAP.

Bukan seorang yang malu kepada kamera malah terlalu sensitif terhadap lensa, setiap gambar mesti disertakan dengan pose pose yang menarik, tanpa gagal. Mungkin kerana dia tahu dia memang photogenik dari azali.

Dia mesti akan menjadi pemandu pelancong kepada kami walaupun dia juga kali pertama sampai ke tempat itu. Tetapi oleh kerana intonasi dan kesungguhannya berbicara mengenai tempat tersebut, kami memilih untuk mendengar dan saling teruja.

Sering kali kami akan merakam aksi aksi beliau berlakon menjadi pengacara rancangan percutian. Dia sungguh natural! Kelakar kena pada tempatnya, rakaman-rakaman itu memang tak pernah jemu diulang tonton.

Tidak pernah tahu penat ketika bercuti, dan seorang perancang yang bagus, percutian kami memang jarang sekali terasa bosan. Ada sahaja aktiviti yang kami akan lakukan. Walaupun hanya berehat di tepi pantai di tengah malam, kami tak akan merasa bosan dengan dia. Bertukar-tukar cerita, menyanyi bermacam lagu (dia mempunyai suara nyanyian yang bagus), berkongsi lawak adalah perkara yang kami biasa buat.

Dia juga pandai mengambil hati penduduk penduduk tempatan dengan keletah dan gayanya yang bersahaja tapi sopan juga pandai menghormati orang tua. Akibatnya, kami sering mendapat layanan istimewa; free boat ride, makanan extra sedap, dan sebagainya.

Baru baru ini dia telah mengambil lesen menyelam. Dan kami yang tidak berpeluang untuk turut serta merasa sungguh rugi sekali. Terasa terpanggil panggil untuk menyetai dia dalam ekpedisi menyelam yang akan datang kerana terpengaruh dengan cerita cerita pengalaman dia. Sesungguhnya, dia memang seorang pencerita yang handalan. Tapi tidak mengarut.

Ini adalah salah satu gambar dia sedang menyelam. Tengok, dalamair pon boleh posing!

http://photos-a.ak.fbcdn.net/photos-ak-snc1/v3760/49/76/727908366/n727908366_1964600_424032.jpg

Oleh itu, bawalah dia bercuti! Ini mungkin hadiah untuk dia yang paling bermakna.

i feel so loved. thank you dear GOD for blessing me with nice friends who i intend to keep close to my heart forever. :)

3 comments:

lizzy j said...

i suka :)

Zana Fauzi said...

Too cute!

cyzer8 said...

i.like.